|
Daripada: Ir. Dr. Anuar Kasa
Tarikh:
PER:
Kursus Pensijilan NLP (MBNLP)
Salam ceria,
Saya pernah lihat, dengar dan rasai keluhan begini:
"Saya sedar NLP penting bagi diri dan kerjaya saya.
Rakan saya juga mencadangkan NLP jika ingin
menyelesaikan pelbagai isu dan mahu lebih maju ke hadapan.
Jika mengikuti kursus NLP, saya mahu yang diikhtiraf. Namun saya punya kekangan iaitu
terpaksa mengambil cuti yang panjang serta membiayai yuran yang tinggi."
- Trainer, Fasilitator, Kaunselor, Pensyarah, Guru, Pengurus, Pegawai Kerajaan & Swasta, Penyelidik,
Pelajar Pascasiswazah dan Ibu-Bapa.
Bengkel ini menyelesaikan isu sukar mengambil cuti yang panjang
dan biaya kursus yang tinggi.
Fokus
kursus ini ialah aplikasi dalam bidang Pendidikan, Penyelidikan,
Latihan, Perniagaan, Motivasi dan Coaching.
Ia mendapat pengikhtirafan dari MBNLP
(The
Malaysian Board of NLP Professionals). MBNLP terdiri dari
Jurulatih dan Pengamal Master NLP dan Neuro-Semantics yang
mendapat sijil pengikhtirafan dari pertubuhan
antarabangsa iaitu NFNLP (USA) dan ISNS (USA).
KENAPA PERLU HADIR KURSUS
"CERTIFIED BASIC NLP PRACTITIONER"?
Dengan mengikuti kursus bersijil ini,
jika anda seorang:
• Kaunselor - dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi dengan pelanggan dan melakukan terapi NLP
untuk mencepatkan sesi` bimbingan dan kaunseling
• Trainer / Fasilitator – dapat meningkatkan
kemahiran anda sebagai Trainer / Fasilitator
• Pensyarah / Guru – dapat meningkatkan kemahiran
mengajar dan membangunkan anak murid dengan lebih baik
• Pegawai Korporat atau Kerajaan – meningkatkan
kemahiran mengurus dan bijak menangani isu-isu dengan
kakitangan
• Ibu atau bapa – dapat kemahiran keibubapaan dalam
mendidik anak-anak dan bijak menangani unsur-unsur negatif
di kalangan anak-anak
• Suami atau Isteri – dapat meningkatkan kemahiran
berinteraksi dengan pasangan masing-masing
• Insan – dapat memahami diri sendiri, menguasai
emosi dan akan lebih berkemampuan untuk memimpin diri
sendiri (self leadership)
|
 |
HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir program PENGAMAL ASAS NLP ini, anda
dapat:
1. menjadikan keadaan diri anda lebih baik dan bertenaga,
berkemampuan mengawal emosi dan memilih emosi yang
anda ingini
2. membentuk matlamat yang anda inginkan dan
melangkah ke arah kejayaan seperti mana yang anda inginkan
3. menjalinkan hubungan dengan orang lain dengan
lebih baik walaupun dengan individu-individu yang sukar
4. berkomunikasi dengan hebat, membolehkan
anda mendapat hasil yang anda mahu dari komunikasi tersebut
serta berkemampuan memberi respons yang bersesuaian
5. membuat
keputusan dengan bijak kerana anda tahu apakah situasi sebenarnya
melalui kemahiran anda di dalam sistem maklum balas,
disamping dapat mengatur langkah masa depan
dengan lebih baik
6. mengawal cara pemikiran dengan lebih
baik dan produktif serta berprestasi tinggi di dalam kerjaya
dan kehidupan
7. mempelajari corak-corak (pattern) untuk kegunaan
diri dan membantu orang lain
TEKNIK-TEKNIK NLP
1. “Anchoring” Menyauh sumber-sumber hebat ke dalam
diri anda atau orang lain
2. “Ketajaman Deria” Setiap perkataan yang dituturkan,
ianya boleh diteliti dan “dibaca” oleh anda, dengan ini
meningkatkan daya komunikasi.
3. “Circle of Excellence” Membina sumber sumber
terbaik untuk diri anda dan orang lain
4. “Swish Pattern” Menukar diri anda yang anda tidak
suka kepada apa yang anda mahu
5. “Visual Squash” Mengatasi konflik yang menghalang
kejayaan anda
6. “Mind to Muscle”
Memindahkan keinginan (minda) kepada tindakan (otot) untuk
prestasi tinggi
7. “Timeline (trauma)” Menggunakan terowong masa untuk
kekuatan diri mengatasi trauma
PENDAFTARAN & BAYARAN
Untuk maklumat pendaftaran dan bayaran, sila rujuk iklan/penganjur.
Contoh Bengkel NLP Sebelum Ini
Cerita
Mengenai NLP
|

Sumber: Internet |
Ada seorang wanita yang
memiliki empat orang anak lelaki. Rumahnya selalu rapi, bersih dan teratur.
Dia boleh
marah berpanjangan jika melihat kesan tapak kasut di
atas karpet. Dengan empat orang anak lelaki di
rumah, perkara ini selalu berlaku.
Atas nasihat keluarganya, dia pergi menemui seorang ahli psikologi
bernama Virginia Satir dan menceritakan masalahnya. Setelah
mendengarkan cerita dengan penuh perhatian,
Virginia Satir tersenyum dan berkata:
|

Virginia Satir (1916 - 1988).
Sumber: Internet |
"Harap kamu tutup mata dan
bayangkan apa yang akan saya katakan" Wanita itu kemudian
menutup matanya.
"Bayangkan rumah kamu yang rapi dengan karpet yang bersih
terbentang, tanpa kotoran, tanpa kesan tapak kasut,
bagaimana perasaan kamu?" Sambil menutup mata,
wanita tersenyum, mukanya yang murung berubah cerah. Dia nampak
gembira dengan bayangan yang dilihatnya.
Virginia Satir melanjutkan; "Itu ertinya tidak ada
seorang pun di rumah kamu. Tidak ada suami, tidak ada anak-anak,
tidak terdengar gurau senda dan tawa ceria mereka. Rumah kamu
sepi dan kosong tanpa orang-orang yang kamu kasihi". Seketika
muka wanita itu berubah keruh, senyumnya langsung hilang,
nafasnya mengandung isak. Perasaannya terganggu.
Fikirannya cemas membayangkan apa yang berlaku kepada suami dan anak-anaknya.
"Sekarang lihat kembali karpet itu, kamu melihat
tapak kasut dan kotoran di sana, ertinya suami dan anak-anak
kamu
ada di rumah, orang-orang yang kamu cintai ada bersamamu
dan kehadiran mereka mengembirakan hati kamu".
Wanita itu mulai
tersenyum, dia merasa gembira dengan visualisasi
tesebut.
Sekarang bukalah mata kamu". Wanita itu membuka matanya. "Bagaimana,
apakah karpet kotor masih menjadi masalah buat kamu?"
Wanita itu tersenyum dan menggelengkan kepalanya. "Aku tahu
maksud kamu", kata wanita itu. "Jika kita melihat dengan sudut
yang tepat, perkara yang nampak negatif dapat dilihat
secara positif".
Sejak saat itu, wanita tersebut tidak pernah lagi mengeluh soal
karpetnya yang kotor karena setiap kali melihat kesan tapak
kasut, dia tahu keluarga yang dikasihinya ada di rumah.
Kisah di atas adalah kisah nyata. Virginia Satir adalah
seorang ahli psikologi terkenal yang dijadikan model oleh Dr. Richard
Bandler dan Prof. John Grinder dari University of
California, Santa Cruz untuk mencipta NLP (Neuro-Linguistic
Programming). Teknik tersebut dipanggil
"Reframing", iaitu bagaimana kita membingkai semula sudut pandangan sehingga sesuatu yang
mulanya negatif
dapat menjadi positif.
|

Dr. Richard Bandler
dan Prof. John Grinder
Sumber: Internet |
|

Sumber: Internet |
Dengan menggunakan teknik yang ada dalam NLP seperti
reframing, mind to muscle, goal setting, neurological level dan
lain-lain, transformasi
minda boleh dilakukan untuk menjadikan seseorang
berjaya dalam bidang yang diceburi.
Apa yang Dikatakan
oleh Dunia Luar tentang NLP?
Ia
adalah teknologi
minda terkini
untuk mempercepatkan
perubahan
manusia. Majalah Psychology Today
menganggapnya sebagai "Piawai
Baru Untuk
Psikologi". Ia digunakan secara
meluas dalam
terapi sukan,
bidang perniagaan
dan pendidikan di negara maju serta
telah
dikaji dan
digunakan oleh
Oprah Winfrey,
Tony Robbins,
Tentera Amerika
Syarikat, Agensi
Penguatkuasaan
Undang-undang termasuk Presiden
Amerika Syarikat.
Sumber: Internet
Psychology Today Magazine
"NLP is the most powerful vehicle for change
in the 21st Century.”
Oprah Winfrey, the No. 1 talk show host
 |
"NLP helps me to manage audiences and motivate them.
It is just amazing." |
James Olson, former chairman AT&T
"NLP produces results and improves rapport.
I want all my
staff to attend the training."
Time Magazine
"NLP is one of the biggest breakthroughs in
the technology
of achievement and human excellence."
Tony Robbins
|
“You can
know everything in the world about the Holy Roman Empire,
but if you can’t establish rapport, if you can’t translate
that information from your map to someone else’s, your
knowledge is meaningless”. |
 |
|
Walaupun apa yang dikatakan orang amat
memberangsangkan, diri sendiri juga yang
perlu merasai kebenaran kata-kata tersebut.
Cubalah bengkel ini, lihat, dengar dan rasakan apa
yang rugi jika tidak mengikutinya. Tidak
cuba, tidak tahu. |
Terima kasih
kerana melawat laman sawang ini.
"HIDUP SEKALI,
HIDUPLAH YANG BERERTI"
Ir. Dr. Anuar Kasa
Master Trainer (MBNLP)
NLP Trainer / Coach (NFNLP, USA)
Meta-Coach (ISNS, USA)
Critical Thinking Trainer (MM, NZ)
[Biodata
Dr. AK]
Kursus terkini:
www.teknologiminda.com

|